Bekas Adun Gunung Semanggol meninggal dunia

Bekas Adun Gunung Semanggol meninggal dunia

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Mohamad Zawawi Abu Hassan, meninggal dunia di Hospital Taiping, hari ini.

Menurut adiknya Shukri Hassan, Allahyarham Mohamad d Zawawi, 42, meninggal dunia pada jam 6.15 pagi kerana tekanan darah tinggi.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata Allahyarham abangnya dimasukkan ke Hospital Taiping pada jam 6.30 petang semalam setelah mengalami tekanan darah tinggi.

Shukri berkata Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Maizul Rosmawati Meor Ibrahim, 41 dan tiga orang anak.

Katanya, berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Tebuk Panchur, di sini, namun waktunya belum ditetapkan.

Allahyarham Mohamad Zawawi, yang mewakili PAS, memenangi kerusi DUN Gunung Semanggol pada Pilihan Raya Umum ke-13 setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Zulkarnain Ismail dan calon Bebas Halidi Wahab dengan majoriti 1,405 undi.

— BERNAMA

Loading...