Malaysia Dateline

Bekas ADUN Melor korban Covid-19

Bekas ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai hari ini.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Melor selama dua penggal iaitu pada tahun 1999 hingga 2004 dan 2008 hingga 2013 itu meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh tersebut dilapor dijangkiti Covid-19 pada awal bulan ini dan mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Wan Ismail meninggalkan dua balu iaitu Norizan Yusoff, 60, dan Siti Madinah Ilias Khan, 59, serta 11 anak dan tiga anak tiri.