Bekas Adun Umno dijangka bertanding semula di Kempas atas tiket PH

Bekas Adun Umno dijangka bertanding semula di Kempas atas tiket PH

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Johor Datuk Osman Sapian dijangka bertanding semula di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kempas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Osman yang kini Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor merupakan bekas Adun Kempas selama tiga penggal.

Bayangan mengenai kemungkinan beliau bertanding semula di Dun berkenaan disuarakan dalam satu program bersama bekas kepimpinan Umno Permai di Flat Kempas Permai baru-baru ini.

Adun Kempas

Menurut bekas ketua Umno cawangan, Ibrahim Ismail, 53, keputusan untuk mencadangkan Osman bertanding semula di Dun Kempas disambut baik oleh penduduk setempat.

“Datuk Osman adalah calon terbaik untuk bertanding di Dun Kempas ini kerana pengaruh Datuk Osman kuat di sini termasuk beberapa cawangan Umno yang selama ini didirikan oleh beliau.

“Beliau boleh menggegarkan pengaruh Ketua Bahagian Umno Pulai yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan, yang selama ini adalah lawan Datuk Osman semasa beliau dalam Umno dulu.

“Saya menyokong penuh Datuk Osman untuk bertanding di Dun Kempas dan saya yakin beliau boleh menang di DUN ini kerana jasa beliau terhadap penduduk Kempas sangat-sangat dihargai serta diingati oleh penduduk Kempas,” Ibrahim Ismail ketika ditemui.

{loadposition myposition)

Tidak dicalon kerana berbeza pendirian

Sementara itu, Osman dalam ucapannya membayangkan kesediaan untuk dicalonkan sebagai calon Dun Kempas dalam PRU14 bagi menyambung khidmat yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Dalam PRU13, Osman tidak dicalonkan Umno kerana aliran pandangan beliau ketika itu dilihat bertentangan dengan Ketua Bahagian Datuk Nur Jazlan Mohammad.

Bekas calon Pas di Kempas pada PRU12 dan PRU13 Suhaizan Kaiat yang kini Ketua Amanah Pulai berpendapat, kehadiran Osman di Kempas akan memperteguh lagi Pakatan Harapan Pulai.

Menurut Suhaizan lagi, gerak kerja pilihan raya dan penerangan PH Pulai telah mula berjalan serta gandingan mantap semua komponen PH di Pulai boleh dilihat menggantikan BN di Parlimen Pulai dan Dun Kempas termasuk mempertahankan DUN Pengkalan Rinting yang disandang oleh YB daripada DAP.

 

CATEGORIES
TAGS