Bekas atlet badminton dakwa pengurusan bawah orang Melayu jadi punca prestasi pemain jatuh

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lagi atlet yang merupakan bekas pemain badminton negara bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Katanya, pihak pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang majoritinya orang Melayu menjadi punca kejatuhan prestasi sukan itu.

Menerusi video yang dimuat turun di aplikasi TikTok, dia menyifatkan bahawa kaum Melayu tidak berhasrat untuk mentadbir BAM.

“Bagi orang Melayu jadi management (pihak pengurusan). Eh mereka sembahyang dah lima kali sehari, mana ada niat nak uruskan BAM. Lemah pengurusan ini.

“Sistem yang lemah menyebabkan pemain Malaysia semua merosot,” kata Bong Gunang Yik yang kini berhidmat sebagai jurulatih badminton di China.

Bagai hendak memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya, lelaki terbabit turut berkata bahawa masyarakat Melayu pemalas dan tahu makan sahaja.

Ujarnya, jika ingin melihat perubahan dalam sukan yang diminati oleh rakyat Malaysia itu, pentadbiran seharusnya dipegang oleh bangsa selain Melayu.

Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan amarah mereka terhadap kenyataan berbaur perkauman yang turut di muat turun di aplikasi Twitter.

Seorang pengguna bernama Rene Biaoli berpendapat Guang Yik tidak patut menggunakan adat serta agama untuk mengkritik.

“Cara bercakap jelas menimbulkan sentimen perkauman, dan harus ditangani oleh pihak polis,” katanya menerusi akaun Twitter.

“Mesti anda tak pernah kenal lelaki ini. Sedih, tidak berjaya menjadi pemain badminton, sekarang mencipta kontroversi,” kongsi pengguna lain.

Baca juga: Lirik lagu terpampang di skrin TV AJL, netizen kata dah macam ‘power point’!