Bekas Datuk Bandar KL calon PH Ayer Limau Melaka

Bekas Datuk Bandar KL calon PH Ayer Limau Melaka

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ruslin Haji Hassan daripada parti Bersatu adalah calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Ayer Limau, Melaka pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Beliau adalah anak kelahiran negeri Melaka, berasal dari Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah Melaka, berkahwin dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Melaka iaitu di Sekolah Rendah Inggeris Masjid Tanah (1957-1962), Sekolah Tinggi St. David Melaka (1968-1969), Sekolah Tinggi Melaka (1969 – 1970), kemudian pada 1971 beliau meneruskan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Muda Sosiologi/Antropologi sehingga tahun 1974.

Pada tahun 1985 hingga 1986, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan.

Selain memiliki Sarjana Muda Sosiologi/Antropologi dan Sarjana Pengurusan Perniagaan, Ruslin juga memiliki beberapa kelayakan tambah iaitu, Certificate On Housing, Planning & Developement dari University of London, Certificate on Executive Developement Programme dari Havard Business School dan Certificate on Senior Executive Developement Programme dari Universiti oef Melbourne.

Sebagai kerjaya, beliau berkhidmat denga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1974 hingga 2006.

Jawatan terakhir beliau adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur.

CATEGORIES