Bekas founder kosmetik bongkar penipuan dibuat oleh sekumpulan founder ‘bangsa K’, habis semua dia londeh

Oleh KIM SYAZIE

Produk kosmetik tempatan di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan, dapat dilihat pelbagai jenama yang dijual pada harga yang boleh dikatakan agak mahal.

Jangan terkejut pula, di Malaysia terdapat satu kilang untuk anda hasilkan kosmetik anda sendiri dan ramai sebenar pengasas kosmetik tempatan yang juga buat jenama disana.

Seorang bekas pengasas kosmetik, Emma Harshaw Fx membuat pendedahan mengejut di Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’.

Di bawah adalah pendedahan tersebut.

Assalamualaikum semua, aku sebagai bekas pengasas nak buat pendedahan sikit pengalaman buat perniagaan tahun 2016 dahulu.

1. GENG FOUNDER

Atas ajakan rakan , aku sertai komuniti founder (pengasas) berpusat di negeri Vlantan (Kelantan). Mereka ajak sebab aku ada rupa dan boleh berjaya.

Kalau korang (anda) pernah tengok satu video founder berkumpul OOTD (bergambar) dalam sebuah rumah, ha geng tu la.

Aku pun ada, tapi sebagai picisan je. Sebab aku bukan bangsa K, so taraf aku jatuh gred B atau C je.

2. SUPPLIER

Kilang kosmetik OEM bertaraf GMP ada di Vlantan , Kedah , Selangor , Perak dan Selangor. Aku dulu guna kilang di Jalan Klang Lama.

Terkenal sebab masa tu dia banyak jadi supplier Pomade. Masa aku lawat kilang , banyak nampak produk artis dan beberapa jutawan yang aku ingat dia ada kilang sendiri.

Geng lain ada yang cadang pakai kilang thailand. Jauh lebih murah. Tapi disebabkan aku di Klang Valley, saya ambil disini saja.

Lagipun mereka tak nak bagi aku deal sendiri dengan kilang. Kena melalui mereka mungkin sebab aku bukan bangsa K.

Produk Thailand juga dikenali Timbang Kilo, seperti gambar. Tak tahu macam mana diseludup masuk tapi packaging kena buat sendiri.

3. PERBINCANGAN

Masa bincang dengan kilang , aku buat keputusan nak buat Krim Muka. Kilang senaraikan nak bau macam mana, bentuk macam mana. Ketika tu takda packaging. Buat diluar dan hantar ke kilang.

MOQ minimum 500 pcs. Satu jatuh kos RM 10.80. Aku boleh jual retail dalam RM30. Kilang tu sendiri akan uruskan dapat NOT KKM.

Kalau buat di kilang thailand, kos modal quote dalam RM 3.40 (seplastik) tapi urusan KKM aku kena uruskan sendiri.

Kalau korang ingat ada founder yang produk dia kantoi ada merkuri, haa dia pakai kilang Thailand la tu.

4. MODAL

Kos produk awal dalam RM15,000. Kos marketing spend minimum dalam RM30,000 termasuk sewa kereta, rumah dan iklan Facebook (FB)/Instagram(IG).

Waktu tu tiktok orang tak pakai sangat dalam perniagaan. So aku buat loan RM40,000 dan tambah sikit duit simpanan dalam RM10,000.

5. DATABASE

Waktu tu Geng Founder ada share database agen yang bernaung bawah mereka. Tapi kena bayar sikit. Tak ingat berapa tapi dalam RM5,000 juga.

Jadi jangan terkejut kalau korang jadi stokis untuk produk A, tiba-tiba dapat invitation jual produk B pulak.

Cuma stokis ni satu je mindset dia, produk baru, jadi yang terawal jual cepat-cepat. Lepas tu cari produk lain.

6. MARKETING

Ada beberapa founder yang memang ada kereta super mewah akan bantu bagi kereta kat kami untuk marketing. Pilih je nak kereta apa.

NAMA AKAN DITUKAR SEMENTARA KEPADA NAMA KAMI. TERMASUK INTERCHANGE NUMBER PLAT DAN SPRAY WARNA BARU. Dan ada agreement.

Biasanya tempoh sewaan dalam tiga bulan ke setahun. Tiada bayaran dikenakan. Cuma mereka nak peratusan dari jumlah keuntungan untuk sepanjang tempoh ‘sewaan’ tu.

Bagi pemilik yang berjaya, dia akan beli terus kereta tu sebab tak nak dilabel scammer. Bagi yang melingkup awal, kereta mewah tu akan dipulang balik.

Selain kereta, founder juga ada buat sewaan rumah mewah untuk tujuan marketing sahaja. Biasanya kami ambik beribu gambar dalam beberapa hari dan dengan baju yang berbeza .

Tapi gambar tu akan dimuat naik di media sosial sikit-sikit setiap hari. Oleh sebab lokasinya jauh di Vlantan , aku sewa 3 hari je.

6. JUALAN

Aku berjaya jual 6000 pcs dalam masa seminggu je. Tapi semua aku jual dengan agen. Agen yang biasa buat fake review dan marketing.

Keuntungan aku dapat dalam RM 12 setiap satu. So untung kasar dalam RM 90,000. Untung bersih dalam RM 40,000.

Kalau aku pakai kilang Thailand, untung bersih aku akan jadi dalam RM100,000 ke RM200.000. Sebab tu ada yang buat di kilang Thailand, mudah nak jadi jutawan.

7. END OF STORY

Oleh sebab aku mula dengan beberapa penipuan, maka rasa bersalah dan aku tak sanggup teruskan jadi aku berhenti.

Ramai agen bising barang tak dapat dijual sebab aku tak aktif dalam IG dan dah tak muat naik gambar .

Ni antara penipuan aku buat yang juga diajar oleh Geng Founder :

1. Acah-acah ada kereta mewah. Penipuan dapat disorok sebab kereta tukar nama kepada nama aku dan nombor plat pun tukar.

2. Overclaim. Buat review palsu bersama agen dan founder lain Kami bertukar-tukar review je.

Tapi banyak penipuan review agen yang buat dan share sesama diorang. Waktu tu aku ada dalam 40-50 orang agen satu Malaysia.

3. Acah-Acah ada rumah mewah. Padahal semua fake. Aku ambik beratus gambar dan upload ke IG sikit-sikit atas nasihat founder lain.

Aku stop upload sebab setiap kali upload memang rasa bersalah teramat.

4. Yang ni aku tak buat. Tapi kesalahan aku adalah diamkan sahaja benda ni. Banyak produk Timbang Kilo dipasaran lulus KKM.

Sebab apa yang dihantar untuk test lain. Tapi apa yang dijual lain. Harap KKM boleh perbanyakkan operasi. Ni antara skandal penipuan terbesar oleh Geng Founder ni.

Bila mula dengan penipuan, kita akan tutup penipuan dengan penipuan juga.

Akhirnya, untung aku tu aku bagi sama rata dengan semua agen dan bayar full settlement loan. Sebab aku tak rasa keberkatan pun bila belanja duit tu.

Founder yang korang tengo dekat IG/TikToktu memang legit, tapi setelah berbisnes satu hingga tiga pusingan.

Sebab lepas berjaya, dia akan beli rumah dan kereta mewah. Cuma, kejayaan mereka bermula dengan penipuan.

Ada juga founder yang lepas sukses first cycle, berhenti buat dan gunakan untuk buka restoran, kedai elektronik dan lain-lain.

Patutlah banyak pengasas yang menjual idea yang sama kepada pengguna, produk dengan latar belakang kereta atau rumah mewah.

Baca juga: Suami malu pakai sedondon, isteri terus bakar baju raya