Malaysia Dateline

Bekas hakim mahkamah rayuan syariah tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang

Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh yang juga merupakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Malaysia, telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1443H peringkat negeri Pulau Pinang.

Majlis yang telah diadakan secara maya tersebut, disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Dr Ahmad Fuzi Abdul Razak yang turut disertai isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor dan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM) Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Turut hadir, Mufti kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan juga Setiausaha kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.

Sebagai Tokoh Maal Hijrah kali ini, Md Yusup menerima anugerah wang tunai bernilai RM10,000, sijil penghargaan serta sebuah trofi.

Manakala itu, bagi Anugerah Khas Ulama pula, Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Abdul Hamid turut terpilih bagi menerima anugerah tersebut.

Sementara itu tema sambutan yang dipilih bagi sambutan pada tahun ini ialah ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti’.