Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, bekas Datuk Bandar KL antara calon Bersatu di Melaka

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, bekas Datuk Bandar KL antara calon Bersatu di Melaka

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Sabirin Ja’afar dan bekas Datuk Bandar KL calon Datuk Seri Dr Roslin Husin antara tokoh yang akan bertanding di Parlimen dan negeri di Melaka.

Dr Sabirin akan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah dan Roslin akan bertanding di kerusi negeri Ayer Limau.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Redzuan Yusof mengumumkan parti itu akan bertanding dua kerusi parlimen dan enam kerusi Dun di Melaka.

Beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah yang kini disandang Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen bertanding di Dun Paya Rumput.

Di Dun Lendu ditandingi Riduan Abu Bakar seorang jurutera, Dun Sungai Rambai calonnya Azalina Abd Rahman, Dun Asahan ditandingi Zamzuri Ariffin seorang jurutera, dan Dun Telok Mas ditandingi Fendi Ahmad seorang pensyarah.

Sementara itu, di Terengganu, Bersatu meletakkan 13 calon untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi negeri

Antara mereka ialah Datuk Wan Nazari Wan Jusoh bertanding di Besut manakala Datuk Mohd Faudzi Musa di Setiu.

CATEGORIES