Bekas isteri mualaf dedah anak Zainal Abidin tak pernah jadi imam, “Al-Fatihah pun tak ajar”

Oleh WAN SITI AMINAH

Bekas menantu kepada Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia kembali menjadi topik perbualan hangat selepas membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Menurut Sofia, anak kepada jurulatih bola sepak kebangsaan yang dikenali sebagai Mohd Zaiza itu tidak pernah menjadi imam sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Sofia yang merupakan seorang mualaf berusia 32 tahun itu turut mendakwa bahawa bekas suaminya, Zaiza tidak pernah memberikannya pendidikan agama.

Menyedihkan, wanita yang baru memeluk Islam itu terpaksa belajar agama daripada orang luar dengan mengikuti kelas secara fizikal dan juga dalam talian (online).

Keterlaluan, pemilik nama penuh Mohd Zaiza Zainal Abidin itu turut gagal menunaikan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kerana tidak mempunyai pekerjaan.

Berjaya menyita perhatian ramai, perkara itu dibongkarkan oleh Suzur Sofia menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, @sofiasmeth.

“Sepanjang mendirikan rumah tangga dengan awak (Zaiza), sekali pun saya tidak pernah merasa solat berjemaah. Tak pernah sekali pun awak menjadi imam saya.

“Saya belajar dan mengikuti kelas mengaji atas inisiatif dan bayaran sendiri secara online (di atas talian) dan fizikal. Al Fatihah pun awak tak pernah ajar.

“Nafkah tak bagi langsung pun saya terima sebab nak bagi awak peluang untuk cari kerja. Bulan demi bulan, masuk ke tahun lamanya berjanji untuk bekerja. Awak gagal,” luah Sofia.

@sofiasmeth

Wahai Mohd Zaiza Bin Zainal Abidin, Awak tak ada hak nak panggil saya sundal babi atau anjing. Sundal babi anjing ini lah yang banyak berkorban menyara awak dan anak2.Dia mengaku sendiri satu keluarga dia gelakkan saya dengan kesusahan kesulitan saya. Tak mengapa, gelak lah dan berpesta lah kerana hari kalian akan tiba. Anak2 itu semua cerminan org tua. Jangan kata ini semua fitnah kerana bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tetapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya. Kalau dengan ini boleh mendapat respon awak, saya akan buat. Tidak pernah sekalipun adik beradik saya serta saudara mara saya masuk campur dan memberi pandangan buruk terhadap perkara yg berlaku apalagi mereka bukan Islam. Mohon jangan buat yang bukan Islam berasa ragu serta berpandangan negatif dengan agama Islam yang sebenarnya sungguh mudah dan indah. Tunjukkan lah contoh yang baik. Sekurangnya saya mati, saya tak menyesal kerana dah berjuang. Cerita disini bukan nak aibkan, kerana setengah mati saya pernah dibuat nya. Dan dibawa nya JAIS ke rumah saya namun sia2. Sungguh hitam hati awak. Sampai begitu sekali. Awak suruh anggota meniduri saya beramai2 di tempat awam di lobby rumah saya di hadapan org ramai. Kejam sungguh. Selama saya mendirikan rumah tangga dgn awak, sekali saya tak pernah merasa solat berjemaah. Tak pernah sekali awak menjadi imam saya. Saya belajar dan mengikuti kelas mengaji bayaran sendiri secara online dan fizikal. Saya turut membayar segala kelas mengaji anak dan sekolah anak.Al Fatihah pun awak tak pernah ajar. Nafkah awak tak bagi langsung pun saya terima kerana bagi awk peluang untuk cari kerja. Bulan demi bulan, masuk ke tahun lamanya berjanji untuk bekerja.Arwah ayah saya sehingga menutup mata risau akan anak perempuan sulungnya yang dia serahkan kpd awk. Awk gagal. GAGAL. Tidak pernah sekalipun arwah mengungkit sebaliknya membantu kerana mahu menjaga hati anak perempuan nya. Awak lelong rumah dan buat saya hilang tempat berteduh dan bawa lari anak2 ketika saya tengah bekerja kerana awak tak bayar rumah dan menipu mengatakan ayah awak bayar. Seminggu saya duduk di hotel dan menumpang rumah kawan sementara cari rumah baru dan memohon cuti sehingga kurang pendapatan saya. Saya sampai di rumah, saya nampak ada tuan rumah baru. Awak lelong sekali dengan segala barang di rumah. Saya hanya dibenarkan bawa baju2 saya sahaja dan atas budi bicara tuan rumah baru. Kejam awak. Dan kalian gelakkan saya? Dan menuduh saya tinggalkan rumah dan anak2? Bergembiralah. Ingatlah dalam keluargamu ada kaum hawa. Doa saya semoga Allah bagi keadilan dan tunjukkan jalan Ya Allah serta janganlah persia-siakan perjuangan aku sebagai seorang ibu kandung dan seorang muallaf yang teraniaya. Takkan kalian tenang dan bahagia. Aku hanya manusia biasa, perasaan sakit hati itu sifat manusia. Segala milik aku kalian rampas dan kalian caci maki semua org yg Allah pertemukan dengan aku yang membantu. Alhamdulillah, skrg Allah tunjukkan satu persatu jalan untuk aku. Memulakan kehidupan baru yang lebih baik dan diluaskan pintu rezeki. Memiliki rumah sendiri serta perniagaan kecilan dan meneruskan perniagaan arwah ayah. Allah tak pernah tidur. Sentiasa percaya dengan Allah dan Agama Islam itu mudah tapi individu itu sendiri yang merumitkan.

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Dalam hantaran sama, ibu kepada dua anak itu turut berkongsi detik sukar yang dilaluinya ketika Zaiza melelong rumah mereka kerana gagal membuat pembayaran.

Terpaksa menumpang rumah rakan, Sofia sekali lagi ditimpa ujian apabila Zaiza mengambil kesempatan untuk melarikan dua anak mereka ketika dia sedang bekerja.

“Awak lelong rumah, buat saya hilang tempat berteduh. Awak bawa lari anak-anak ketika saya bekerja kerana tak mampu bayar rumah dan menipu mengatakan ayah awak bayar.

“Seminggu saya duduk hotel dan menumpang rumah kawan sementara cari rumah baru. Memohon cuti sehingga kurang pendapatan saya. Kalian gelakkan saya, menuduh saya tinggalkan rumah dan anak-anak?” Ulasnya.

Terdahulu, Zaiza yang dihadapkan ke mahkamah pada 14 September lalu itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencederakan dan memukul Sofia.

Difahamkan, insiden yang mengerikan itu dilakukan Zaiza pada 10 Februari lalu di kediaman pemilik nama sebenar, Suzur Sofia Smeth Jaya di Cyberjaya, Selangor.

Sekadar info, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2016 sebelum sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.

Baca juga: ‘Memang patut bapak you mati’, menantu Zainal Abidin dedah perangai sebenar suami