Bekas juara UFC dihalau, pramugari bagi alasan tak selesa lihat Khabib duduk di barisan pintu kecemasan

Oleh MALAYSIADATELINE

Setiap penumpang mempunyai hak memilih tempat duduk dan bagi mereka yang tinggi sanggup bayar lebih untuk keselesaan diri.

Satu syarikat penerbangan di Amerika Syarikat, Frontier Airline dikecam orang ramai selepas menghalau bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov atas alasan tidak selesa.

Menurut Harian Metro, Insiden itu, yang dipercayai berlaku dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, menuju ke Los Angeles, Sabtu lalu.

Jelas dalam rakaman yang tular di media sosial, Khabib dilihat berkomunikasi dengan kakitangan penerbangan sambil duduk di barisan pintu kecemasan pesawat itu.

Salah seorang pekerja syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa Khabib perlu menukar tempat duduk atau turun dari pesawat.

Alasan diberikan adalah kerana pramugari tidak selesa dengan kehadiran Khabib di barisan pintu kecemasan.

“Ia tidak adil,” kata Khabib yang kemudian dijawab oleh pekerja berkenaan: “Ia adil. Ya, memang begitu.”

Khabib dalam satu hantaran di laman X memaklumkan dia memahami tugas jika duduk di kerusi berdekatan pintu kecemasan namun dilayan kurang baik oleh pramugari bertugas.

“Wanita yang datang kepada saya dengan soalan adalah sangat biadap dari awal, walaupun saya bercakap bahasa Inggeris yang sangat baik dan boleh memahami segala-galanya serta bersetuju untuk membantu.

“Namun dia masih berkeras untuk mengeluarkan saya dari tempat duduk saya. Apakah asas untuk itu, adakah ia kaum, negara atau yang lain, saya tidak pasti.

“Tetapi selepas 2 minit perbualan, dia menghubungi keselamatan dan saya telah diiring keluar dari pesawat ini, selepas 1 jam 30 minit saya menaiki syarikat penerbangan lain dan bertolak ke destinasi saya.

“Saya melakukan yang terbaik untuk kekal tenang dan menghormati seperti yang anda boleh lihat pada video. Tetapi ahli krew itu boleh melakukan ia dengan lebih baik pada masa akan datang dan bersikap baik dengan pelanggan,” jelasnya di X.

Baca juga: Satu-satunya rumah masih berdiri lepas kebakaran besar, siapa sebenarnya pemiliknya?