Bekas Ketua Dewan Ulama Pas Ustaz Mat Iraq meninggal dunia

Bekas Ketua Dewan Ulama Pas Ustaz Mat Iraq meninggal dunia

Bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamad Daud Iraqi atau lebih dikenali dengan panggilan “Ustaz Mat Iraq” meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian petang ini.

Allahyarham yang berusia 78 tahun pernah  menjawat  exco kerajaan  negeri dan bekas  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit  disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.42 petang ini akibat strok yang dialaminya sejak sekian lama.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian pada pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran rumahnya di Lundang di sini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan di laman facebooknya berkata jasa Allahyarham terlalu besar dalam pembangunan dasar Islam di Kelantan.

Beliau berkata Allahyarham adalah seorang tokoh yang terkenal dalam ilmu al-Quran dan menjadi rujukan ramai ilmuan, khasnya dalam menentukan hukum-hakam yang sukar untuk dibuat keputusan.

BELASUNGKAWA 

Allahyarhaman mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Kenali selama 13 tahun (1953 – 1959). Kemudian  memyambung pelajaran ke
Maahad Muhammadi Merbau dari kelas 6 hingga kelas 9 ( 1959- 1967) yang mana Allahyarham pernah menjadi pelajar terbaik diperingkat sekolah.

Pada 1963 menjadi guru agama di Sekolah Kebangsaan Mentera. Setahun kemudian menyambung pelajaran di Universiti Baghdad di bawah biasiswa Kementerian Waqaf Iraq yang diuruskan oleh Allahyaram  Yusof  Rawa (AJK Pas Pusat ketika itu). Setelah pulang ke tanah air pada 1968  Allahyarham telah  mengajar di Sekolah Yaakubiah Lundang.

Pada 1981 pernah menjadi pensyarah di Yayasan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan (YPTNK) Nilam Puri pada 1970 hingga April 1981. Pensyarah Universiti Malaya  dari April 1981 hingga 1991.

Allahyarham juga pernah  diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan dari tahun 1991 hingga 1994.

Pernah dipilih sebagai calon Pasdi dalam pilihan raya kecil Lundang pada 1994. Pernah dilantik sebagai ahli mesyurat Kerajaan (Exco) pada tahun 1995 hingga 2004. Selain menjawat Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan; Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Negeri Kelantan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Penerangan.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS