Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bekas Ketua Pengarah MEIO Hasanah hantar representasi kepada Peguam Negara
Datuk Haasanah Abd Hamid

Bekas Ketua Pengarah MEIO Hasanah hantar representasi kepada Peguam Negara

BernamaJanuary 20, 2020 5:40 pm




Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid yang menghadapi pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta telah menghantar representasi berkaitan kesnya kepada Peguam Negara.

Peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bahawa pihaknya telah menghantar representasi bertulis itu pada 14 Jan lepas.

“Saya mohon tarikh bicara kes dalam bulan Ogos 2020,” katanya semasa pengurusan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad mengesahkan pihak pendakwaan telah menerima representasi tersebut pada 15 Jan lepas.

Shaharudin turut berkata pihaknya ingin memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen-dokumen lama antaranya daripada Arkib Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Wisma Putra, Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Cawangan Khas) dan kerajaan British.

“Ia berkaitan dengan penubuhan, fungsi, peranan, dan kuasa Research Department melibatkan anak guam saya,” katanya.

Mahkamah menetapkan 20 Feb untuk pengurusan kes itu.

Sementara itu, di luar mahkamah ketika ditanya pemberita tentang representasi tersebut, kedua-dua pihak enggan mendedahkan representasi itu berhubung apa.

Pada 25 Okt 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 30 April 2018 dan 9 Mei 2018 di Pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production