Bekas Ketua Pengarah Risikan direman lima hari bermula hari ini

Bekas Ketua Pengarah Risikan direman lima hari bermula hari ini

Bekas Ketua Pengarah Agensi Perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO), Hasanah Abdul Hamid direman lima hari bermula hari ini.

Beliau  hadir   Mahkamah Majistret Putrajaya diiringi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM memakai baju lokap SPRM dan bertudung biru serta pergelangan tangannya bergari.

Wanita berkenaan sebelum itu dilihat dibawa masuk ke Bilik Bicara Mahkamah Majistret oleh anggota SPRM pada pukul 9.10 pagi.

Suspek tiba di sini pada pukul 9.08 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM.

Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini terhadap tujuh pegawai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi membantu siasatan kes sama.

Petang semalam SPRM menangkap beliau atas dakwaan penyelewengan dana pilihan raya selepas dipanggil ke ibu pejabat suruhanjaya itu jam 6 petang.

Sumber yang dekat dengan kes ini memberitahu, siasatan terhadap Hasanah dilakukan berhubung dakwaan kehilangan wang sehingga jutaan ringgit.

Penangkapan semalam disahkan oleh Timbalan Pengarah Operasi SPRM, Azam Baki yang berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Hasanah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan telah menulis surat kepada pengarah CIA, Gina Haspel, meminta Amerika Syarikat menyokong pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada PRU14 lalu.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS