Bekas KP Perkhidmatan Awam tak puas hati ditamat perkhidmatan, bakal ambil tindakan pihak menganiaya

Oleh KIM SYAZIE

Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat ke atas penamatan perkhidmatannya susulan pengumuman penamatan perkhidmatannya oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam kenyataan pendek hari ini, beliau meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan terhadap penganiayaan yang dilakukan terhadapnya walaupun sudah 30 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Walaubagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya.

“…Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Hari ini, Zuki mengumumkan penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa semalam, 12 Disember.

Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].

Mohd Shafiq bagaimanapun dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Baca juga: Tiga kertas dibentang dalam mesyuarat kos sara hidup, kerajaan pastikan sektor penternakan hasilkan bekalan mencukupi

Baca juga: Lelaki hilang anak angkara lori lebih muatan, Anthony arah JPJ gantung operasi syarikat hingga audit selesai