Sudahlah anak kantoi curang, diceraikan pula isteri solehah namun ibu kepada penyanyi negara seberang masih lagi tidak berpuas hati terhadap bekas menantu sendiri.
Masih tidak selesai isu antara menantu dan mentua, ibu kepada Virgoun dedah tidak puas hati dengan wang bulanan dari Inara.
Menurut Victory News, Eva Murung mendakwa Inara tidak pandai mengurus kewangan selepas menerima 2.7 juta rupiah (RM840) untuk wang bulanan.
Tambah Eva, duit tersebut tidak mampu menampung kehidupannya di Jakarta sedangkan Virgoun memberikan Inara 70 juta rupiah (RM2177) sebulan.
Pada masa sama, Eva mengharap bekas menantu tidak tamak dan gunakan duit untuk kepentingan diri tanpa mempedulikan orang lain.
Tidak hanya itu, dia juga tidak berpuas hati apbila menerima hanya 500,000 rupiah (RM155) untuk sambutan hari natal.
Inara bagaimanapun membidas kenyataan bekas mentua dengan memaklumkan jumlah diberikan adalah berdasarkan persetujuan bersama.
Baca juga: Kecoh orang Sabah dah pernah jejak ke bulan, bila diselidik rupanya gambar di India