Bekas menteri DAP datang masjid dengar ceramah ustaz

Oleh ROSLAN ZAMAN

Hari ini tular satu video di tiktok berkenaan seorang bekas menteri dari DAP, Yeo Bee Yin hadir ke kuliah agama di perkarangan sebuah masjid.

Video itu dikongsikan sendiri oleh Yeo Bee Yin di saluran tiktoknya. Setakat berita ini ditulis, video ini mendapat lebih 80K tontonan dan 4 ribu likes di platfom itu.

Kehadiran Yeo ke masjid itu disambut meriah oleh jemaah di masjid Kg Seri Aman. Bekas menteri itu dilihat manis mengenakan baju kurung dan bertudung hijau.

Kuliah di perkarangan masjid itu diisi oleh ustaz Syamsul Debat di luar masjid tersebut.

@yeobeeyin Menghadiri ceramah yang disampaikan oleh @Syamsuldebat yang bertema "Wanita Dijulang, Negara Gemilang" bersama penduduk setempat #puchong . #yeobeeyin ♬ original sound – Bee Yin Yeo

Kehadiran pemimpin DAP itu mendapat reaksi pelbagai oleh netizen di Malaysia.

Keramat menulis “Bykan panggil jemputan mjlis2 mcm ni..hidayah milik allah. kun fa ya kun.”

“Terbaik YB, YB Melayu jarang masuk ceramah camni..ada beza..”, kata Mustain.

Tidak kurang juga ada komen memperli, “setiap menteri2 D memang dilatih mcm tu supaya org M cair dan percaya pd mereka”, tulis Azizah.

baca: Rabbani akui pernah belajar di Darul Al-Arqam, ini pendapat anggota tentang GISBH