Malaysia Dateline

Bekas MP Kemaman, Abd Rahman Yusof meninggal

Setelah enam bulan bertarung melawan kanser paru-paru, bekas Ahli Parlimen Kemaman, Abd Rahman Yusof kembali kerahmatullah malam tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anaknya, M. Muhsin dalam satu kenyataan melalui facebook Abd Rahman.

“Saya M.Muhsin Abd Rahman mewakili keluarga ingin memaklumkan Ayah Kami yang disayangi, Haji Abd Rahman Yusof, baru sahaja meninggal dunia kembali bertemu Allah Penciptanya pada hari Isnin, 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442 H,” tulis belis beliau.

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memuat naik berita ini melalui facebook beliau.

“Terima berita sedih bahawa teman, sahabat dan juga mantan Ahli Parlimen Kemaman Abd Rahman Yusof telah pergi dijemput ilahi.

“Saya doakan keluarganya kuat saat diuji, dan semoga ruhnya ditempatkan di kalangan para solihin,” tulis Anwar.

Ab Rahman adalah bekas kakitangan Anwar yang sedia kepada beliau sehingga akhir hayatnya.