Bekas Mufti Perlis calon BN Dun Jemoreng dalam PRN Sarawak

Bekas Mufti Perlis calon BN Dun Jemoreng dalam PRN Sarawak

Bekas Mufti Perli Datuk Dr Juandaa Jaya antara calon BN yangdipilih bagi mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-11 ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan 11 lagi calon Barisan Nasional (BN), termasuk tiga calon langsung yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) Sarawak.

Mereka adalah lapan calon dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selain Dr Juanda turut tersenarai Datuk Idris Buang (Muara Tuang), Awla Dris (Simunjan), Shafiee Ahmad (Daro),  Mohd Chee Kadir (Kabong), Jefferson Jamit Unyat (Bukit Goram), Datuk Abdul Wahab Aziz (Kalaka) dan Datuk Ambrose Blikau (Katibas).

Kerusi Kabong dan Bukit Goram adalah dua daripada 11 kerusi baharu dalam pilihan raya negeri ini.

Tiga lagi calon langsung ialah Miro Simuh (Serembu), John Ilus (Bukit Semuja) dan Gerawat Jala (Mulu).

Adenan yang juga Pengerusi BN Sarawak dan juga Presiden PBB berkata setakat ini kesemua bakal calon untuk 40 kerusi yang akan ditandingi PBB telah diumumkan.

“Setakat ini, kita sudah umumkan nama calon BN untuk hampir untuk 70 kerusi,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

TAGS