Bekas Naib Ketua Pemuda Pas calon AMANAH di Jelebu

Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Zulkifly Mohd Omar (duduk tengah), memperkenalkan calon AMANAH di negeri itu hari ini.

Bekas naib ketua Pemuda Pas Pusat, Mustafar Ab Kadir bakal menjadi calon AMANAH di parlimen Jelebu dalam pilihan raya umum kali ini.

Nama bekas pensyarah kejuruteraan di Manipal International Universiti ini yang menjadi naib ketua pemuda Pas pada tahun 1980an dulu diumumkan sebagai calon dalam sidang media AMANAH Negeri Sembilan hari ini.

Dalam sidang media hari ini, AMANAH mengumumkan sembilan calonnya, yang mana empat daripadanya adalah muka baharu yang akan bertanding di sembilan kerusi di Negeri Sembilan pada PRU14.

“Sembilan kerusi tersebut ialah dua bagi kerusi Parlimen dan tujuh lagi bagi kerusi Dun,” kata Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Tuan Zulkefly Mohamad Omar ketika sidang media di Pejabat AMANAH di Seremban hari ini.

Mustafar Kadir…bekas naib ketua pemuda Pas.

Beliau berkata, Naib Presiden AMANAH, Tuan Hasan Bahrom juga akan bertanding di Negeri Sembilan kali ini iaitu di parlimen Tampin.

“Bagi kerusi Dun pula, Klawang akan ditandingi muka baharu iaitu Bendahari AMANAHNegeri iaitu Tuan Bakri Sawir,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kerusi Dun Johol, akan ditandingi olehnya.

“Naib Pengerusi 2 AMANAH negeri iaitu Ustaz Suhaimi Kassim menjadi calon bagi Dun Lenggeng,” jelasnya dalam sidang media pengumuman calon AMANAH di sini, hari ini.

Manakala dua ahli jawatankuasa AMANAH Negeri pula ialah Tuan Abd Rahman Ramli, bertanding di Dun Serting dan Tuan Md Rais Mohamad @ Basiron di Dun Senaling.

“Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Tuan Mohamad Taufek Abd Ghani pula akan di tempatkan di Dun Paroi serta muka baharu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH negeri Shahrizal Masrudin di Kota,” katanya.

Beliau membuat pengisytiran calon Amanah bagi Negeri Sembilan tersebut di Pejabat AMANAH Negara Negeri Sembilan.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0