Bekas pegawai kanan SPRM buat laporan, minta siasat Najib

Abdul Razak membuat laporan atas permintaan bekas bosnya.

Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan kepada SPRM terhadap beberapa salah guna yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM Datuk Abdul Razak Idris berkata, laporan itu berkaitan apa yang disyaki sebagai tindakan menghalang siasatan berhubung kes Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau mendakwa, tindakan itu dibuat atas permintaan ketua beliau di SPRM namun beliau tidak mahu mendedahkan nama bosnya itu.

“Saya sebenarnya diminta bos saya dulu buat laporan segera agar Datuk Seri Najib, isteri, anak-anak dan proksi mereka tak sempat lari, dan tindakan diambil sebelum sempat lari.

“Jadi itu antara sebab saya buat laporan, hari ini,” katanya menerusi siarang langsung di Facebook sebuah portal, hari ini.

Dalam laporan itu, Abdul Razak menggesa SPRM menyiasat Najib dan rakan-rakanya yang disyaki menggunakan kuasa untuk menghalang siasatan kes bekas perdana menteri itu mengisytihar hartanya.

“Mereka juga disyaki memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan (unexplained properties) dengan memuaskan.

“Harta-harta ini dibandingkan dengan emolumen yang sah, bila ada perbezaan itu, harta yang berlebihan itu, yang disebut unexplained properties itu perlu di perjelaskan oleh Najib.

“Jika dia tak boleh jelaskan, ia akan menjadi satu kesalahan dan hukuman 20 tahun penjara dan denda 5 kali ganda nilai harta yang tak boleh diperjelaskan,” katanya.

Abdul Razak berkata beliau akan membuat dua laporan di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009, kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Satu lagi laporan dibuat di bawah Seksyen 36, dihukum di bawah Sek 36 (3) Akta SPRM 2009.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS