Malaysia Dateline

Zulhazmi Shariff

Bekas Pegawai Khas Khalid Samad menang kes saman fitnah terhadap beliau

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Noridzahlan Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Alan Ridzuan Radin Abata membayar gantirugi am, khas dan teladan sebanyak RM50,000 kepada Bekas Pegawai Khas Khalid Samad, Zulhazmi Shariff.

Selain itu, defendan Noridzahlan juga dikehendaki membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar harian tempatan dan kos sebanyak RM15,000.

Jumlah RM50, 000 tersebut atas alasan tulisan dan video klip yang dibuat oleh defendan telah hilang atau tidak dapat diakses di laman facebook.

Alan Ridzuan Radin Abata yang didapati telah memfitnah Zulhami secara terbuka di laman facebook beliau pada 29 September 2019.

“Saya menerima keputusan ini dengan penuh rasa syukur bahawa segala tuduhan jahat beliau di facebook selama ini adalah fitnah jahat semata-mata yang telah menjatuhkan maruah dan imej saya sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu.

“Saya akan terus menuntut penyelesaian perintah Mahkamah sehingga dilunaskan,” kata Zulhazmi dalam kenyataan.