Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bekas pegawai khas lawan Syed Saddiq rebut jawatan Ketua Armada

Bekas pegawai khas lawan Syed Saddiq rebut jawatan Ketua Armada

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 16, 2020 4:06 pm




Bekas Pegawai Khas di Pejabat Menteri Belia Dan Sukan ketika di bawah pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan mencabar mantan bosnya untuk merebut jawatan
Ketua Pemuda Bersatu (Armada).

Keputusan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang kini Timbalan Menteri Belia dan Sukan menentang Syed Saddiq yang menyandang jawatan ketua sayap pemuda parti itu dimaklumkan sejurus penyerahan borang pencalonan di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Wan Ahmad Fayhsal mendakwa memperoleh mandat daripada akar umbi dan majlis pimpinan tertinggi parti untuk pertandingan itu yang merupakan pemilihan kali pertama Bersatu sejak ditubuhkan 7 September 2016.

“Saya bertanding bukan untuk jawatan atau membelakangi mantan ketua saya YB Syed Saddiq.

“Tapi kerana saya telah diberi mandat oleh akar umbi dan juga majlis pimpinan tertinggi parti untuk menyertai pertandingan calon ketua Armada,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq turut dilihat hadir menyerahkan borang pencalonan kira-kira jam 11 pagi untuk mempertahankan jawatannya.

Wan Fayhsal yang merupakan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Bersatu juga digelar dalam media sosial sebagai Mat Jargon ekoran kecenderungannya sebelum ini menggunakan istilah-istilah khusus yang lazimnya tidak difahami oleh orang awam dalam wacananya.

Keputusan abang kepada pemain muda dari Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal itu untuk merebut jawatan Ketua Armada sekali gus menjadikan wujudnya pertandingan empat penjuru.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production