Bekas pegawai Regimen Askar Melayu kesal Najib main politik perkauman

Bekas pegawai Regimen Askar Melayu kesal kenyataan perkauman dan tidak benar Najib.

 

Persatu Patriot Kebangsaan kesal dengan kenyataan penuh perkauman perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata, Regimen Askar Melayu akan dibubarkan jika DAP berjaya memerintah negara.

Menyifatkan kenyataan Najib itu mengelirukan, presiden badan bekas pejuang kebangsaan itu, Brig Jeneral (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, ia sangat dikesali.

“Sebagai seorang pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja yang telah bersara, saya dan ramai pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja dan pangkat-pangkat lain yang lain terkejut, keliru dan bimbang dengan kenyataan itu,” kata Arshad dalam satu kenyataannya.

Katanya, sangat jelas bahawa tidak ada kerajaan atau mana-mana kerajaan Malaysia yang berjaya ingin membuat perisytiharan sedemikian.

“Bukan sahaja atas sebab-sebab sejarah, tetapi yang lebih penting hubungan khas Rejimen Askar Melayu Diraja dengan Raja-raja Melayu sejak rejimen itu ditubuhkan di 1933 oleh Pejabat Kolonial British,” katanya.

Najib dalam kenyataannya berkata, Malaysian Malaysia akan menamatkan Regiment Askar Melayu, ketika berucap kepada pegawai tentera dan polis dalam majlis makan malam mereka.

“Walaupun PM tidak secara khusus menyebut apa yang dimaksudkannya oleh Malaysia Malaysia, seseorang boleh menganggap bahawa dia merujuk kepada parti-parti pembangkang, khususnya DAP kerana ia adalah DAP yang menjadi penyokong konsep Malaysia Malaysia sejak tahun 1970-an,” katanya.

 

7.5
OVERALL SCORE
: 10.0
3 user votes x 6.7