Malaysia Dateline

Abdul Hameed B Gulamaideen

Bekas pekerja Tun M dedahkan ‘anak lelaki’ diguna untuk kaum India muslim

Seorang bekas pekerja Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyanggah kenyataan bekas majikannya bahawa tidak ada istilah ‘anak lelaki’ (a/l) digunakan untuk kaum India Muslim di negara ini.

Individu itu, Abdul Hameed B. Gulamaideen (gambar kiri)  dalam satu kenyataan media hari ini menyertakan bukti beberapa dokumen rasmi yang menggunakan istilah a/l untuk anak lelaki dan tidak menggunakan bin atau binti pada awalnya.

Beliau mengemukakan salinan buku bank dan beberapa dokumen rasmi miliknya yang berketurunan India Muslim yang menggunakan istilah a/l.

“Kita ada bukti Mahathir berbohong dalam blognya kerana ada dokumen rasmi di negara ini dulu menggunakan istilah anak lelaki seperti ini untuk mereka yang berasal dari keturunan mamak.

“Saya keliru dan pelik kenapa Mahathir begitu jijik untuk mengakui bahawa beliau adalah mamak dan namanya dulu ada menggunakan istilah itu seperti yang didedahkan oleh TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid,” kata beliau yang lebih senang dikenali dengan Mamu Hameed.

Dokumen berkenaan tertera nama beliau ‘Abdul Hameed a/l B. Gula Maideen’ satu nama yang memang menggambarkan asal keturunan mamak di negara ini.

Beliau sendiri yang menyatakan bahawa Mahathir dalam isu istilah a/l ini adalah seorang pembohong.

Abdul Hameed pernah mengadakan sidang media dan memberi amaran kepada Mahathir supaya berhenti menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau rahsia beliau akan didedahkan.

Mamu Hameed berkata kenapa Mahathir hendak kaitkan isu lain yang tidak ada kena mengena dengan hal nama ini sedangkan Ahmad Zahid hanya dedahkan nama sebenar Mahathir iaitu Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Abdul Hameed B. Gulamaideen