Malaysia Dateline

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Shebby Singh meninggal dunia

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh meninggal dunia akibat serangan jantung.

Mendiang yang berusia 61 tahun dilaporkan jatuh pengsan pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Kledang, Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, polis sedang mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan.

Shebby memulakan kerjaya di gelanggang bola sepak sebagai pemain bahagian pertahanan bagi pasukan Johor FA sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada 1983.

Mendiang juga pernah beraksi bagi pasukan Negeri Sembilan FA dan Pahang FA sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak FA pada tahun 1996.