Bekas Pengarah Felda Plantations gempur Dun Mahkota

Bekas Pengarah Felda Plantations gempur Dun Mahkota

Bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantations Sdn Bhd Mohd Said Jonit mengadakan program kempen memperkenalkan Pakatan Harapan (PH) pada masyarakat di N29 Dun Mahkota.

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) itu juga hadir pada program anjuran Invoke di Taman Belian Biru, Kluang, Johor.

“Kehadiran menggalakkan sebelum ini. Mungkin sebelum ini masyarakat masih tidak mahu menunjukkan sikap terhadap isu politik dan hari ini selepas pembubaran Parlimen ia seperti menjadi pemangkin semangat mereka yang mahu berubah.

“Dalam ceramah ini kita juga dapat lihat pelbagai kaum telah bersatu dan respon mereka yang hadir amatlah baik terhadap saya di sini,” jelas beliau.

Kehadiran lebih 600 orang itu sebelum ini tidak pernah berlaku di Dun Mahkota apatah lagi ia diwakili Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Jais Sarday.

Dun Mahkota sebelum ini menjadi saingan sengit apabila Jais  hanya menang dengan majoriti 1,108 undi mengalahkan  calon Pas Khairul Faizi.

8.0
OVERALL SCORE
: 5.0
8 user votes x 8.4
CATEGORIES
TAGS