Malaysia Dateline

Bekas pengerusi Nissan, Ghosn dibebas dengan ikat jamin

Bekas pengerusi Nissan Motor Co., Carlos Ghosn dibebaskan dari pusat tahanan di Tokyo pada Rabu selepas mahkamah membenarkan dengan jaminan 1 bilion yen (US$9 juta).

Agensi berita Xinhua melaporkan, Ghosn menghadapi dua tuduhan iaitu memalsukan laporan kewangan dengan tidak menyatakan pendapatannya dan melakukan pecah amanah

Beliau dibebaskan selepas mahkamah menolak permintaan pihak pendakwa agar tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Ghosn ditahan sejak 19 November tahun lepas dan mengaku tidak bersalah diatas semua tuduhan.

Sejak ditahan, beliau telah dipecat sebagai pengerusi Nissan dan Mitsubishi Motors Corp.

— BERNAMA