Bekas Pengerusi PERDA alu-alukan siasatan oleh Pengerusi baharu

Bekas Pengerusi PERDA alu-alukan siasatan oleh Pengerusi baharu

Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Seri Shabudin Yahaya mengalu-alukan kajian dan siasatan yang dibuat oleh Pengerusi PERDA yang baharu bersabit isu yang timbul dan dikatakan menjejaskan perolehan lembaga tersebut sebelum ini.

Malah, seluruh bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PERDA amat berharap siasatan yang akan dilaksanakan dapat memberi penjelasan yang sebenar tentang kedudukan dan isu yang berbangkit.

Shabudin berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Taman Sena Jaya tengahari semalam.

Jelas beliau lagi, ALP PERDA akan memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi membanti Pengerusi dan penguruan yang baru bagi menyelesaikan pelbagai isu yang ditimbulkan.

“Untuk makluman segala keputusan yang dibuat oleh ALP PERDA sebelum ini adalah keputusan secara konsensus yang telah diadakan melalui mesyuarat.

“Setiap kali mesyuarat diadakan ia turut dipantau oleh pihak pengurusan tertinggi PERDA serta ALP yang juga mewakili agensi kerajaan yang lain seperti ICU, MOF dan EPU.

“ALP yang lalu telah banyak melakukan penambaikan terhadap peraturan dan sistem pengurusan dalam PERDA yang sebelum ini tidak lengkap dan bersifat semasa,” ujarnya.

Menurut Shabudin laig, ALP yang lalu senantiasa meletakkan kepentingan dan peranan PERDA selaras dengan maksud yang terkandung didalam Akta PERDA dan memastikan kesan serta fungsi organisasi tersebut sampai kepada sasaran khususnya Bumiputera di Pulau Pinang.

“Adalah tidak adil sekiranya saya dipersalahkan kerana menjadi Pengerusi ALP PERDA dalam apa jua keputusan yang telah dibuat.

“Semua keputusan yang dilaksanakan samada melibatkan penjualan tanah dan seumpamanya turut diputuskan dalam mesyuarat dan bukannya dengan keputusan secara bersendirian.

“Oleh kerana itu ALP PERDA yang lalu amat berharap isu ini dapat diselesaikan secara adil dan saksama serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat bagi merungkai segala salah faham yang wujud,” tambah beliau lagi.

Semalam Pengerusi PERDA yang baru, Mohamed Haniff Khatri telah menyatakan saman sivil telah dibuat terhadap Shabudin selaku Pengerusi PERDA yang lalu membabitkana penjualan tanah-tanah terbabit.

Ia turut melibatkan penjualan tanah di Tok Keramat, Nibong Tebal yang berjumlah 9.36 ekar, Sungai Baung, Jawi, Seberang Perai Selatan yang berjumlah seluas 5.8 ekar, Simpang Tiga, Tasek Gelugor, seluas 45.4 ekar dan 30.3 ekar tanah di kawasan Sungei Batu, Teluk Kumbar