Bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan meninggal dunia

Bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan meninggal dunia

Rakyat Afrika pertama yang menjawat jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan meninggal dunia semalam pada usia 80 tahun.

Menurut kenyataan keluarga Annan dan Yayasan Kofi Annan, pemegang anugerah Nobel Kemanan itu menghembuskan nafas terakhir dengan aman selepas jatuh sakit.

“Isteri beliau, Nane dan anaknya Ama, Kojo dan Nina berada di sebelahnya pada saat-saat terakhir,” kata kenyataan tersebut melalui Twitter, lapor NST Online

Tambah kenyataan itu, kehilangan Annan akan dirasai oleh ramai pihak di seluruh dunia termasuk mereka yang bekerja dengannya di Yasasan beliau, juga rakan-rakannya sewaktu beliau bekerja di PBB.