“Bekas suami datang cari aku balik, dia tak tahan isteri dia hutang keliling pinggang”

Oleh MAISARAH AISYA

Kadangkala penyesalan hanya hadir selepas pengakhiran sesuatu hubungan, di saat itulah semua tersedar betapa pentingnya pasangan.

Tapi itulah manusia, bila sudah kehilangan baru tercari-cari kembali kenangan bersama bekas pasangan.

Seorang wanita berkongsi dirinya dahulu mempunyai suami yang baik namun disondol hingga bercerai.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Dulu perkahwinan pertama aku bahagia sangat. bekas suami baik, penyayang, dia betul-betul jaga aku.

Tahun pertama kami sangat ok, dia tak bagi aku kerja, suruh duduk rumah jaga makan pakai dia je. Dia memang suka makan kat rumah.

Aku selalu la masak untuk dia tunggu sampai dia balik kami pun makan sama-sama walaupun dah lewat malam.

Tahun kedua, bekas suami tetiba berubah keluar pagi balik tengah pagi aku masak pun dia tak sentuh.

Tak lama aku dapat tahu dia dah kahwin dengan pemilik kedai makan, terus aku dapat jawapan kenapa dia dah tak berapa nak sentuh masakan aku.

Kenapa dia keluar pagi balik tengah pagi. Aku dapat tahu pun masa aku mengandung enam bulan, terus aku halau dia keluar. Lepas aku beranak kami sah cerai.

Tak lama aku menjanda aku kahwin atas pilihan org tua namun bertahan hanya tiga tahun suami aku yang sekarang dah tak nak aku. Anak aku dengan dia dah umur sembilan bulan.

Tiga tahun tu macam-macam aku hadap perangai dia dengan mak mentua selalu cari masalah, aku bersyukur dia nak lepaskan aku.

Sekarang ni bekas suami aku yang pertama tu datang balik, rupanya dia dah bercerai dengan isteri sebab asyik dikongkong.

Dia maklum bekas isteri dia hutang keliling pinggang, dia tak boleh nak hadap masalah yang bekas isteri dia buat.

Bekas suami kata hidup dia senang tapi dia tak rasa ketenangan hidup macam masa kami bersama.

Sejak dia muncul kembali, dia tunaikan tanggungjawab dia dekat anak kami dan juga untuk anak dengan suami baru aku tanpa pilih kasih.

Aku nampak kesungguhan dia cuma buat masa sekarang aku masih tak bersedia untuk hidup berumah tangga dan hanya nak fokus kepada anak-anak.

Tak pernah sekalipun aku mengeluh walaupun gagal dalam dua perkahwinan, bagi aku setiap kejadian tu adalah ujian dan pengajaran, aku cuma harap dapat rasa erti bahagia.

Baca juga: “Aku anak yatim piatu, bercerai di usia 24 tahun lepas suami menikahi janda anak 2”