Malaysia Dateline

Bekas tentera calon Pas di Port Dickson

Lt.Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar

Pas mengumumkan bekas tentera Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bagi menentang calon PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Markas Induk Pas, Bukit Tembok, Pasir Panjang, Port Dickson malam tadi.

Turut hadirNaib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Port Dickson manakala Ustaz Idris Ahmad sebagai timbalannya.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Ustaz Mustaffa Daharun pula dilantik sebagai Pengarah Operasi PRK Port Dickson.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon PRK Parlimen Port Dickson pada Sabtu ini, 9 Oktober  bagi hari mengundi awal dan hari mengundi 13 Oktober.

PRK Port Dickson diadakan berikutan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah telah meletak jawatan pada 12 September lalu.

PRK Port Dickson bakal menyamsikan pertembungan lima penjuru selain Anwar turut menyatakan kesediaan bertanding daripada Pas, PRM dan personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong untuk mengambil bahagian.

Terkini hari ini turut menyatakan kesediaan menawarkan diri untuk bertanding, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai calon bebas setelah BN bertindak memboikot PRK Port Dickson.

Biodata Calon:

Tarikh Lahir : 30 November 1961
Umur : 57 tahun
Tempat Lahir : Parit Maimon, Batu Pahat, Johor
Nama Isteri : Hajjah Naziroh binti Haji Yusof
Ahli Keluarga : 5 orang anak dan 9 orang cucu
Pekerjaan Kini : Veteran ATM [Lt. Kol. TUDM (B)]
Peneroka FELDA Bukit Besar (2015)
Pengusaha & Usahawan Ladang Durian Musang King
Pengetua Maahad Tafiz Darul Iman, Bandar Tenggara

Pendidikan Peringkat Sekolah:

Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kota Tinggi
Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Kulai
Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana,

Kelulusan dan Kelayakan:

Masters in Defence & Strategy Studies, IUT Gazipur – Dhaka
Sarjana Muda Pengurusan, INTAN Bukit Kiara
Diploma Pengurusan Sumber Manusia (HR), USM
Diploma International Training Methodology, INTAN
Diploma Aerospace & Security Management, RAAF Australia
Diploma Nation Building &Armed Conflict, UN Canada
Pegawai Kadet, INTEK 38 Kem Sebatang Karah, PORT DICKSON

Pengalaman Kerjaya/ Aktiviti:

Pegawai TUDM selama 28 tahun (1980-2008)
Pengarah Perkhidmatan TUDM, Kementerian Pertahanan
Pegawai Pemerintah Markaz Operasi Udara, TUDM KL
Komandan Pusat Latihan Pentadbiran TUDM
Komander Regional Border Committee Office (RBCO) Songkhla, Thailand
Pegawai Perhubungan Awam (PR), Kementerian Pertahanan
Setiausaha Pasukan Bola Sepak TUDM
Setiausaha Pembangunan Bola Sepak Semi – Pro (FAM)
Penasihat Koperasi Veteran Wira Mutiara, Pulau Pinang
Penasihat Koperasi Veteran KERABAT ATM Kelantan

Penglibatan dalam politik:

AJK Lajnah Tanah, Peneroka Bandar & Orang Asal Pas Pusat (2010 – 2016)
AJK Lajnah NGO Pas Pusat
Pengerusi Penaja Lajnah Pertahanan & Kedaulatan Negara Pas Pusat (2016 – kini)
Presiden KERABAT Veteran Bekas Tentera Malaysia
Yang DiPertua PAS Kawasan Tenggara (2014 – kini)
Penyelia Pusat Aduan Rakyat N34 Panti
Calon PAS PRU 13 (Dun Pasir Raja, Parlimen Tenggara, Johor)
Calon PAS PRU 14 (Dun Panti, Parlimen Tenggara, Johor)

Penglibatan dalam masyarakat:

Timbalan Pengerusi, Masjid Al-Rahman (F) Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
AJK PDK Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
AJK PIBG SK Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
Kem Komandan Kursus Pra-Tahfiz & Kem Anak Soleh Peringkat Zon Parlimen Tenggara
Fasilitator Khas untuk Petugas PRU-13 Negeri Selangor bersama ‘SPICE’
Ikon Sek. Keb. Bukit Besar, Kota Tinggi (2011)