Beku akaun cucu Najib: NGO bidas penafian SPRM, akan buat laporan polis

Beku akaun cucu Najib: NGO bidas penafian SPRM, akan buat laporan polis

Datuk Lokman Noor Adam

Datuk Lokman Noor Adam

Pemantau Malaysia Baru membidas kenyataan dibuat oleh Timbalan Ketua Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Azam Baki semalam yang menafikan pembekuan akaun cucu kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Presidennya Datuk Lokman Noor Adam berkata, akaun cucu Najib itu dibuka atas nama ibunya Nooryana Najwa kerana Adam masih berusia 10 bulan yang menjadi peraturan bank tidak dibenarkan untuk membuka akaun atas nama kanak-kanak di bawah umur.

“SPRM nak nafi? Memanglah akaun atas nama ibu sebab Adam masih bayi, tapi tak faham ke erti Junior Saver (Adam) 7069275734 CIMB, Ada ke mak orang pakai Junior Account,” soalnya, menerusi aplikasi whatsapp yang dihantar kepada media pagi ini.

Sebagai bantahan kepada tindakan pihak SPRM membeku akaun cucu kepada bekas perdana menteri itu satu himpunan dipanggil sebagai ‘Himpunan Anti Pembekuan Akaun Kanak-kanak’ akan diadakan di hadapan Sogo jam 9 malam ini.

Ia bertujuan untuk mengajak penyokong berkumpul dan membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua  Operasi SPRM Datuk Mohd Azam Baki dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan polis itu dijangka akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Jalan Campbell Kuala Lumpur.

“Pertama laporan ini berhubung tindakan SPRM membekukan akaun Adam, cucu Datuk Seri Najib yang disyaki mempunyai unsur membalas dendam.

“Keduanya, laporan keatas Perdana Menteri yang memenangi pilihan raya dengan memfitnah Datuk Sri Najib mencuri RM2.6bilion dari 1MDB sedangkan ianya tiadapun dalam pertuduhan semalam dan kenyataan Peguam Negara bahawa tiada pertuduhan lain keatas beliau akan dibuat,” ujar Ahli Majlis Tertinggi Umno ini lagi.

Pemantau Malaysia Baru juga akan mengadakan solat Hajat dengan kerjasama dengan NGO Barisan 33 di Surau Al Abbas Alhabshi di Flat PPR Laksamana Jalan Peel, malam ini.

“Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menghadiri ketiga-tiga program tersebut.

“Tiada apa yang perlu anda takut, kita bebas perhimpun secara aman, marilah kita sama-sama hadir bagi menyatakan bantahan kita terhadap Politik Dendam dan kezaliman pemerintah yang semakin berleluasa sekarang. Kita akan turun pakai baju putih,” ujarnya.

Semalam hmetro online melaporkan penafian dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki susulan dakwaan anak perempuan Najib iaitu Nooryana Najwa mengenai akaun anaknya dibekukan.

“Akaun cucu (Najib) tidak pernah dibekukan,” kata Mohd Azam seperti dipetik hmetro online.

Semalam di laman facebook milik Nooryana Najwa mendakwa sama ada kerajaan berdendam dengan seluruh keluarganya selepas akaun bank peribadi dia dan anak lelakinya dibekukan.

Turut dibekukan akaun Norashman, anak bungsu Najib.

Baca: SPRM  tidak beku akaun cucu Najib, kata Azam

2.3
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 0.0
CATEGORIES
TAGS