Bela dengan jujur penoreh getah, jangan permainkan mereka, kata Amanah

Bela dengan jujur penoreh getah, jangan permainkan mereka, kata Amanah

Umno BN terus menjadikan kemiskinan rakyat sebagai senjata mereka bagi mendapatkan sokongan berpanjangan, kata pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Asmuni Awi.

Beliau berkata, pemberian ‘one off’ sebanyak RM500 kepada penoreh gertah di Kuala Kangsar merupakan satu lagi tindakan memperbodoh pengundi.

“Beginilah nasib orang kampung yang terus dipermainkan Umno BN. Umno BN tak serius nak bantu rakyat tapi hanya ingin mendapatkan sokongan mereka dengan terus memperbodohkan mereka dengan bantuan ‘one off’,” kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala kangsar hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam mengenai bantuan khas kejatuhan harga getah sebanyak RM194 juta kepada 388,111 pekebun kecil di Kuala Kangsar.

Asmuni berkata, kerajaan seharusnya melaksanakan langkah-langkah konkrit termasuk menguatkuasakan harga lantai getah berbanding memberikan bantuan ‘sekaligus’ (one off) untuk pekebun kecil getah.

“Yang kita minta, kerajaan boleh menyelesaikan masalah pekebun kecil getah yang terkesan dengan kejatuhan harga getah dengan satu pelan jangka panjang.

“Di kebanyakan tempat kita lihat sistem yang digunakan ialah sistem pawah iaitu orang lain yang menoreh bagi pihak pemilik kebun. Dengan cara bantuan kerajaan ini yang dapat manfaat ialah pekebun getah tetapi yang menoreh tidak mendapat apa-apa,” katanya.

Sehingga ini, harga getah sekerap hanya pada kadar antara RM1.75 hingga RM2.00 sekilogram.

COMMENTS

Wordpress (0)