Belanjawan 2019: Membimbangkan kepentingan Bumiputera, Nelayan, Petani

Belanjawan 2019: Membimbangkan kepentingan Bumiputera, Nelayan, Petani
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyerahkan buku belanjawan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas selesai pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen, Jumaat lepas.-Foto Mohd Syafiq Iskandar

Belanjawan 2019 tidak wajar dilihat sebagai sempurna kerana banyak kumpulan yang dikhuatiri telah terpinggir dan juga kerana falsafah pasaran bebas tanpa batasan  oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Walaupun pada dasarnya adalah suatu belanjawan yang baik pada keseluruhannya namun tetap mempunyai beberapa kelemahan kepada golongan-golongan tertentu seperti Rakyat luar bandar, nelayan dan petani.

Ahmad Yazid Othman

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM), Ahmad Yazid Othman dalam kenyataannya.

MTEM katanya lagi, memuji kaedah pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan mengambil kira bilangan ahli isi rumah, gaji minima yang ditingkatkan, usaha mengurangkan pekerja asing melalui levi,keperluan syarikat tersenarai untuk menerbitkan statistik gaji dan juga kad pengangkutan awam tanpa had untuk hanya RM100 sebulan.

Walaupu bagaimanapun MTEM tidak bersetuju dengan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan yang terbaik tidak sepatutnya melibatkan diri dalam perniagaan dan ini seolah-olah menandakan niat beliau untuk akhirnya melepaskan pegangan Kerajaan di perniagaan yang dimilikinya.

“Jika ini terjadi, suatu alat kemajuan ekonomi Bumiputera yang paling berkesan akan hilang buat selamanya.

“MTEM juga kecewa dengan peruntukan kecil yang disediakan untuk agenda ekonomi Bumiputera. Lim Guan Eng hanya menyebut perkataan Bumiputera sebanyak 6 kali dan jumlah peruntukan untuk Agenda Bumiputera hanya kira-kira RM3.6 bilion daripada jumlah besar Belanjawan 2019 sebanyak RM314.5 bilion.

“MTEM bimbang Agenda Ekonomi Bumiputera tidak akan diberi perhatian yang secukupnya walaupun pada tahap nasional, Belanjawan 2019 boleh dianggap sebagai suatu yang positif kerana kebanyakan Bumiputera akan mendapat kesan yang positif hasil belanjawan yangmenumpukan kepada golongan B40,” ujar kenyataan itu.

MTEM turut menyentuh mengenai isu keselamatan dan kedaulatan makanan yang telah lama diperjuangkan MTEM tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

“Tiada gerakan padu untuk mewujudkan kembali Lembaga Padi & Beras Negara (LPN) walaupun MTEM dan Padi Rescue telah memberi hujah akan kepentingan LPN kepada keselamatan bekalan makanan negara.

“Peruntukan kerajaan untuk sektor pertanian dan perikanan tertumpu kepada pembangunan industri seperti penyelidikan untuk benih, automasi dan latihan industri yang tidak memanfaatkan petani dan nelayan secara terus. Walaupun niat dan rancangan kerajaan adalah murni, tidakharus dilupakan kebajikan petani dan nelayan yang memerlukan perhatian segera dengan adanya ‘social safety net’.

“Sebagai contoh, bantuan untuk petani sebanyak RM200 sebulansementara menunggu musim menuai tidak disambung. Jelas sekali, sektor pertanian danperikanan bukanlah keutamaan bagi kerajaan.

“Masih belum terlambat bagi kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk membetulkanhala tuju yang agak menyimpang dari kepentingan Bumiputera, nelayan dan petani,” ujarnya.

Ahmad Yazid berkata, kebanyakan butiran yang terkandung di dalam Belanjawan 2019 adalah positif namun diharap agar rakyat tidak perlu menunggu hingga Belanjawan 2020 untuk belanjawan yang lebih sempurna.

COMMENTS