Belanjawan 2019: Tiada yang baharu, Wilayah Timur di anak tiri

Belanjawan 2019: Tiada yang baharu, Wilayah Timur di anak tiri
Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata tiada yang baharu dalam Belanjawan 2019 dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

“Tiada yang baharu dalam Belanjawan 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya harapkan sesuatu yang baharu, lebih kepada reformasi melainkan ia menyentuh sikit di sana sini.

“Tidak banyak reformasi dicadangkan kemungkinan mereka akan lakukan kemudian, tetapi mendengarkan apa yang dicakapkan hanya ulangan sebagaimana tahun lepas,” ujar ringkas Ahli Parlimen Gua Musang ini menjawab soalan media  di lobi Parlimen sejurus selesai pembentangan  Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Ahmad Fadhli Shaari

Bagi Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata, Belanjawan 2019 ini seolah-olah membelakangkan pembangunan kerajaan Kelantan.

“Projek tebatan banjir, pembesaran lapangan terbang dan sebagainya tidak ada satu pun perkatan ‘Kelantan’ disebut. Mungkin ada tumpuan khusus untuk Kelantan dalam bajet sebenar tetpai dalam teks ini tidak disebut.

“Kami rasakan sedikit kecewa, negeri Kelantan seperti dianaktirikan,” ujarnya.

Bahkan Ketua Pemuda Pas Kelantan ini juga berkata, keseluruhan bajet dibentang kerajaan tidak melakukan perubahan yang ketara.

“Kerajaan PH tidak lakukan perubahan ketara kerana tidak disebut dengan jelas anggaran pendapatan. Kita tidak dapat menjangka sama ada surplus (lebihan) atau defisit.

“Berbanding dengan bajet 2018 bekas perdana menteri (Najib Razak) telah nyatakan dengan jelas sama ada surplus atau defisit.

“Adakah itu merupakan muslihat tersembunyi dan helah yang belum didedahkan kepada rakyat.

“Kita mahu kerajaan Pakatan Harapan mendedahkan fakta-fakta ini dengan jelas dalam perbahasan minggu depan,” ujarnya.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin defisit negara lebih besar kali ini.

“Daripada apa yang disebut defisit negara sangat besar, kita akan teliti perkara tersebut. Dalam komen Kajian Separuh Penggal RMK11, Tun (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) ada menyebut mengenai keperluan pembangunan wilayah seimbang terutama membabitkan negeri Pantai Timur.

“Saya melihat tiada satu agenda besar pembangunan Wilayah Pantai Timur termasuk kepada Sabah dan Sarawak…yang ada perkara sama.

“Walaupun Wilayah Pantai Timur adalah sektor pelancongan yang besar menarik kedatangan pelancong sepatut di Terengganu Kelantan dan Pahang boleh dijana dalam dan kami akan mengambil kesempatan diatas peruntukan yang ada dalam sektor pelancongan,” ujarnya.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Belanjawan 2019 kerajaan Pakatan Harapan ini juga tidak menunjukkan ke arah penjanaan sumber baharu bagi negara.

“Tiada satu penjanaan kepada sumber baharu pada negara. Hanya mengharapkan dapat balik dana 1MDB.

” Apa sumber baharu yang kita perlu jana kerana kita berdepan dngan krisis pertembungan China-Amerika Syarikat dalam isu sawati. Jika negara bergantung kepada petrolium, sawit dan getah saya fikir negara perlu menjana sumber baharu untuk merancakkan lagi ekonomi negara,” ujarnya.

Dalam Belanjawaan 2019 Kerajaan akan menitikberatkan sasaran Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya untuk membawa masuk 30 juta pelancong asing yang bakal menyumbang RM100 bilion kepada ekonomi negar menjelang tahun 2020.

Hari ini kerajaan Pakatan Harapan membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” di Dewan Rakyat.

Pembentangan Belanjawan 2019 ini mencatat sejarah apabila ia adalah belanjawanyang pertama kerajaan PH sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara susulankemenangan pada PRU14 pada 9 Mei lepas, mengakhiri dominasi lebih 60 tahun Barisan Nasional.bajet dibentangkan hari ini.

 

COMMENTS