Belanjawan 2020 responsif terhadap golongan M40 dalam PSP

Belanjawan 2020  responsif terhadap golongan M40 dalam PSP

Kerajaan dilihat perihatin dengan keluhan golongan M40 apabila golongan ini mendapat laba daripada pengumuman Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, turut mengucapkan terima kasih dengan keputusan kerajaan untuk menyenaraikan golongan M40 pada Program Subsidi Petrol (PSP) yang diumumkan kerajaan pada 7 Oktober lepas.

” Kerajaan turut memasukkan kriteria penerima baru iaitu rakyat Malaysia yang berpendapatan di dalam kategori M40 dan memiliki kenderaan tidak melebihi sebuah (1) kereta dan sebuah (1) motosikal.

Namun begitu, kenderaan yang dimiliki harus menepati kriteria kenderaan yang ditetapkan iaitu: Sebuah Kereta 1600cc dan ke bawah atau kereta melebihi 1600cc yang berumur 10 tahun dan ke atas; dan/atau Motosikal 150cc dan ke bawah atau motosikal melebihi 150cc yang berumur 7 tahun dan ke atas.

“Saya ingin menekankan bahawa bagi golongan penerima BSH, kriteria kelayakan penerima masih kekal seperti mana yang diumumkan iaitu memiliki maksimum dua (2) buah kereta dan dua (2) buah motorsikal yang menetapi kriteria kenderaan yang ditetapkan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, kerana prihatin dan responsif terhadap cadangan rakyat, Kerajaan katanya akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan pelaksanaan Program Subsidi Petrol berjalan lancar dan menepati objektif yang ditetapkan oleh kerajaan.