
Belanjawan 2020: RM60juta hal ehwal Islam bukti P. Pinang selari Wawasan Kemakmuran Bersama
Peruntukan sebanyak RM60,05 juta bagi Belanjawan 2020 untuk hal ehwal Islam di Pulau Pinang membuktikan bahawa kerajaan negeri komited terhadap pembangunan Islam sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama dimana pembangunan Islam tetap menjadi teras utama belanjawan kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil, semasa ditemui.
Katanya lagi, , walaupun kerajaan negeri sering dituduh dengan pelbagai tohamah, kononnya tidak Islamik, namun begitu peruntukan yang meningkat dengan peruntukan sebanyak RM60.05 juta berbanding RM56.8 juta pada tahun sebelumnya berjaya mematahkan tohmahan tersebut.
“Peningkatan peruntukan ini merupakan antara yang tertinggi dalam negara telah membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang menjaga kepentingan semua pihak supaya pembangunan negeri lebih adil.
“Pentadbiran agama Islam sering dilihat ketinggalan, tetapi langkah ini mampu menaikkan martabat Islam di negeri ini.
“Justeru itu adalah diharapkan penambahan peruntukan ini dapat dimanfaatkan untuk program yang mendidik pemikiran rakyat supaya bersikap lebih sederhana dan toleransi,” tegasnya lagi.
Malah kata Faiz, ini amat penting untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni didalam dinamika kemajmukan, pendidikan memainkan peranan penting.
Disamping itu ujarnya, peruntukan sebanyak RM2.4 juta untuk pembinaan sekolah agama rakyat di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas dan peruntukan sejumlah RM1 juta untuk sekolah agama rakyat di Masjid Tuan Guru, daerah timur laut amat dialu-alukan bagi mencapai objektif membangunkan modal insan yang berkualiti dan seimbang dalam membangunkan negeri ini sejajar dengan viso 2020 Pulau Pinang sebagai negeri maju dan pintar.
“Pemberian bantuan khas kewangan kepada guru agama Islam di Pulau Pinang sebanyak RM841,500 menunjukkan sikap prihatin kerajaan negeri kepada tenaga pengajar institusi pendidikan Islam.
“Dasar kerajaan negeri yang saban tahun menaikkan peruntukan hal ehwal Islam membuktikan bahawa konsep rahmatan lil alamin benar-benar diimplementasikan di negeri ini.
“Ia akan membawa rahmat yang lebih besar bukan saja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat Pulau Pinang, ” tambah beliau lagi.