Malaysia Dateline

Belanjawan 2021: Pemimpin tiga parti komponen PH temui Menteri Kewangan

Dr Dzulkefly Ahmad

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menemui Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz petang ini.

Pertemuan di Putrajaya itu menjelang lima hari sebelum pembentangan Belanjawan 2021.

Semalam, Tengku Zafrul memberitahu akan mengadakan mesyuarat bersama beberapa pemimpin pembangkang untuk membincangkan Belanjawan 2021.

Turut hadir Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor; Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Wakil DAP puls Setiausaha Publisiti Kebangsaan Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming merangkap Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP.

Difahamkan PKR akan mengemukakan enam cadangan kepada Tengku Zafrul berhubung belanjawan buat kali pertama ketika penularan pandemik Covid-19 itu.

Lim Guan Eng