Malaysia Dateline

Belanjawan 2022 sisihkan orang bujang?

Belanjawan 2022 yang dibentangkan hari ini dikatakan langsung tidak menyebut bantuan untuk golongan bujang seperti tahun-tahun lepas.

Dalam pembentangan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi menyenaraikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk isi rumah sahaja langsung tidak menyenaraikan bantuan untuk orang bujang.

Apakah kerana konsep yang digunakan kali ini Keluarga Malaysia bantuan hanya untuk mereka yang bekeluarga sahaja?

Ramai orang bujang menzahirkan rasa tidak puas hati dengan belanjawan kali ini yang cuba menyisihkan mereka.

“Keluarga Malaysia adalah mereka yg dah kawen saja..yg bujang bkn kluarga..see u next election..must see “The Single Power”,” komen Luncy Hanzel.

“Konsep keluarga Malaysia kali ni betul2 berkeluarga sangat sebab yg keluarga dpt bantuan hahahaha belia dgn pelajar pun dpt bantuan tapi yg bujang dpt air liur saja… Terima kasih kerana bersuara menumbangkan abah kau sebagai pemimpin… Naik abah keluarga Malaysia satu sen pun org bujang xdpt.

Malah ada yang mahu ‘mengajar’  kerajaan pada PRU15 akan datang nanti.

“Sabar ye org bujang…ada ubi ada bas pru nnti kita balas… chiilll je org bujang,” komen Muhidin Dahala.

“Orang bujang sebahagian dari undi² yang boleh menubuh kerajaan baru haaaaaa….jaga² kalau hati kami tidak dijaga, nanti jangan tanya KENAPA.,” komen Cik Bunga Fadzura Ahmad.

“Bujang xdapat,kan….jadi mana² yg bujang, jgn undi dia org nanti…,” komen Nur Aisya.

Ada yang berpandangan bantuan untuk orang bujang sepatutnya diberi sama rata kerana ada yang bujang tetapi menjaga ibu bapa yang uzur serta adik beradik yang bersekolah.

“Sepatutnya kena bagi sama rata bujang dan yg bkeluarga, bujang ada jaga mak ayah yg sakit, ada yg sara adik beradik, ada yg jaga ank sedara kematian mak ayah,” komen Nor Afzan Ismail.

Terdahulu, kerajaan akan membayar bantuan one off sebanyak RM2000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga anak dan lebih dengan syarat pendapatan mereka bawah RM2,500 sebulan.

Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

Pada Belanjawan 2021 individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah menerima bantuan RM350 di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH).