Malaysia Dateline

Belanjawan utamakan pendidikan, keusahawanan dapat pujian tokoh

Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan belanjawan persekutuan bagi tahun hadapan berjumlah 314.5 bilion ringgit, yang berpaksikan kepada reformasi institusi pendidikan, kesejahteraan rakyat dan budaya keusahawanan.

Ia mendapat pujian tokoh-tokoh ekonomi negara dan antarabangsa termasuk dari Bank Dunia.

Professor Terence Gomez, pakar ekonomi di Universiti Malaysia memuji belanjawan 2019 kerana memberi fokus kepada sektor keusahawanan dan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang berbezaan ekonomi – terutamanya bagi golongan B40, yang berpendapatan kurang daripada 3,900 ringgit.

Tambah beliau, belanjawan kali ini mirip dengan dasar keusahawanan “Malaysia Incorporated”, pertama kali diperkenalkan oleh Tun Mahathir bagi tahun 1981 hingga 2003. Dasar ini, antara lain, bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara 4Ps – people, professionals, private and public groups.

Pengurus World Bank di Malaysia, Dr Firas Raad juga turut berpendapat belanjawan kali ini bersifat menyeluruh. Beliau juga turut kagum dengan penekanan diberikan kepada sektor pendidikan. Beliau berpendapat bahawa pelaburan dalam pendidikan penting untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Belanjawan 2019 kali pertama dibentangkan oleh kerajaan selain daripada Barisan Nasional bagi tempoh enam dekad, dengan 20 peratus belanjawan diperuntukkan bagi sektor Pendidikan sejumlah 60.2 bilion ringgit.

Selain itu, belanjawan kali ini juga turut memberi penekanan dalam usaha memupuk budaya keusahawanan, terutamanya bagi sektor “Small and Medium Enterprises” (SMEs).

Malah, defisit belanjawan di bawah pentadbiran Tun Mahathir ialah antara yang tertinggi dalam tempoh lima tahun ini, walaupun desas-desus sebelum ini menggambarkan belanjawan akan bersifat sederhana.

Walaubagaimanapun, belanjawan 2019 ini turut menyaksikan penurunan bajet bagi pertahanan negara dengan sebanyak 10.2 peratus, di mana pada ketika ini negara-negara ASEAN berhadapan dengan isu keselamatan seperti pertelingkahan Laut China Selatan, “counter-terrorism”, antara lainnya.

Cukai baharu juga turut diperkenal, seperti cukai bagi hartanah, pelancongan, gula dan kasino. Pada masa yang sama, belanjawan juga menetapkan pengurangan cukai korporat bagi syarikat-syarikat yang berjaya memperoleh pendapatan sehingga 17 ke 18 peratus.

Malah, dalam perbentangan di parlimen, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak akan membayar baki 4.32 bilion USD kepada pelabur Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), sebagai sebahagian daripada jaminan bon bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).