“Beli barang terlarang mampu tapi nafkah anak tak boleh bayar” – Isteri Cliff Umar luah rasa kecewa

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak kecewa jika bekas suami melepaskan tanggungjawab untuk membayar nafkah namun mampu membeli bahan terlarang.

Media melaporkan sebelum ini, juara Gegar Vaganza 7, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki heroin.

Penyanti itu didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor pada jam 3.30 petang, 26 Mei lalu.

Menurut Harian Metro, bekas isterinya Zurini Hasbullah mengaku kecewa apabila Cliff menolak semua semua tuntutan nafkah anaknya atas alasan tak mampu.

Sedangkan Zuriani hanya membuat tuntutan yang sangat rendah dari sepatutnya kerana memahami keadaan Cliff yang tidak berkemampuan.

“Peguam saya pun terkejut. Dari tuntutan sebanyak RM500,000 ke atas, sekarang sudah makin rendah kerana tuntutan lain saya ketepikan sebab tengok keadaan dia.

“Saya minta nafkah anak, mutaah dengan iddah saja. Namun, itu pun Cliff tak nak bagi kerjasama. Peguam beritahu ini rundingan paling mudah sebab biasanya orang akan tuntut habis, tapi saya sebaliknya.

“Saya minta yang penting saja. Itu pun secara ansuran dan bila dia mampu bukannya mendadak.

“Macam biasalah, dia kata kerja tak menentu dan dia tak mampu tapi macam mana dia boleh miliki dadah yang mahal harganya,”? katanya seperti dipetik Harian Metro.

Nasib baik tak bergantung dengan nafkah

Pada masa sama, Zurini kini bekerja sebagai penyelia di sebuah hotel terkemuka di Kuching, Sarawak dan sedikit sebanyak dapat menyara anak-anaknya.

“Anak-anak dah pandai jaga diri sendiri kat rumah. Walaupun gaji saya separuh dari apa yang saya perlukan untuk sara mereka, tapi saya bersyukur sebab dah ada kerja.

“Sejak bekerja macam-macam rezeki masuk. Saya ditawarkan kerja di tempat lain dengan pangkat dan gaji lebih tinggi tapi saya kena fikir panjang kerana nak pindah rumah kena pakai duit banyak.

“Saya pun baru nak masuk empat bulan kerja. Bagi saya semuanya baik-baik saja kerana saya sukakan kerja ini,” tambahnya.

Baca juga: Baru tahu rupanya orang Sarawak tak makan ikan patin, bahaya kalau terkena sumpahan nenek moyang