Malaysia Dateline

Wan Mohd Shahrir

Beli dua buah hotel: Bersatu mahu semua pihak terlibat disiasat SPRM

Pengerusi Taske Force Felda Bersatu Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil berkata,parti itu menyambut baik ketegasan SPRM dalam menyiasat dan menahan beberapa individu dan terkini menahan reman bekas pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad.

“Saya menyambut baik ketegasan SPRM menahan Tan Sri Isa berkaitan kes penjualan hotel di London dan Kuching.

“Penahanan pengurusan tertinggi FGV ini memberi harapan bagi rakyat Malaysia bahawa rasuah yang berleluasa zaman Datuk Seri Najib ini masih boleh dibendung.

“Penahanan ini juga satu pengiktirafan penat lelah PPBM dan NGO ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda) serta Pakatan Harapan yang konsisten merasakan FGV, Felda dan FIC tidak ditadbirkan dengan baik dan juga berlaku kepincangan rasuah yang berleluasa.

“Saya harap usaha ini tidak berhenti setakat Tan Sri Isa, perlu diperluaskan hingga semua terlibat dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

{loadposition myposition} Wan Mohd Shahrir yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berkata, selain pembelian hotel oleh FGV, anak syarikat Felda itu juga terbabit dalam beberapa lagi pelaburan yang tidak menguntungkan sebaliknya merugikan turut digesa disiasat. Malah pelantikan Isa selaku Pemangku Pengerusi SPAD juga tidak seharusnya berlaku.

“Kita tahu Felda bukan hanya terlibat dengan jual beli meragukan seperti hotel tetapi perniagaan seperti ikan sturgeon, LIDA dan lain-lain ketirisan yang merobek kantung rakyat melalui FGV, Felda dan FIC (Felda Investment Corporation Sdn Bhd).

“Malang bagi perdana menteri Najib yang melantik Tan Sri Isa ke Felda dan FGV “Malah untuk mengenang jasa beliau hingga dilantik ke SPAD pula. Saya hairan bagaimana beliau menaruh kepercayaan yang tinggi kepada bekas pesalah politik wang ini ke jawatan-jawatan penting. “Akibat dari kecuaian perdana menteri, berapa banyak duit peneroka telah di selewengkan,” ujarnya.

Semalam Mohd Isa direman lima hari bagi membantu siasatan SPRMberhubung kes pembelian hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington, London antara 2014 dan 2015. Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang mengendalikan prosiding reman berkenaan mengeluarkan perintah reman itu sehingga 20 Ogos  berikutan permohonan SPRM. Mohd Isa dipercayai menyalahgunakan kedudukan dalam kes pembelian hotel di London. Kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 16 Akta SPRM 2009.