“Beli kad sampai RM600 boleh pula, bila minta belikan barang dapur, ada sahaja alasan diberi”

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak marah apabila seorang lelaki yang sepatutnya memegang tugas sebagai ketua keluarga menolak tanggungjawabnya kepada isteri.

Apatah lagi bekerja hanya dengan menjual barang dalam siaran langsung, keuntung diguna untuk beli barang lain hingga akhirnya isteri terpaksa menanggung hutang lain.

Seoran wanita merasa kecewa akan sikap suaminya yang hanya duduk di rumah namun tidak meringankan bebannya sebagai wanita bekerja.

Di bawah adalah kisah yang di ambil dari Facebook Kisah Rumah Tangga.

Saya seorang isteri, ada tiga orang anak dan ada suami. Saya bekerja, tp suami tidak. Dia hanya duduk rumah dan meniaga ‘kad’ dalam siaran langsung atau ‘live’.

Dia tidak bekerja selama beberapa bulan dan tidak membayar sewa rumah sampaikan kami kena halau rumah bulan lepas.

Sekarang kami dah duduk rumah baru, rumah ni saya yang keluar duit deposit atas niat nak tolong dia cari duit dan dia sendiri berjanji nak kerja balik.

Tapi kesudahannya, dia tak kerja. Saya sampai sanggup buat ‘hutang jahat’ sebab nak buat duit deposit.

Dan sekali lagi saya terpaksa pinjam bos saya untuk buat bayar sewa rumah untuk bulan ni.
Apa yang buat saya lebih sakit hati, dia meniaga tu tak tahu niat sebab apa.

Sebabnya, bila dapat untung dia terus guna untuk beli card katanya untuk rolling balik. Sampai beratus-ratus paling banyak saya nampak sampai RM600 dia beli card tu.

Tapi dalam masa sama duit sewa rumah dia tak nak bayar. Dia kerap merungut dan berkira sebab hari-hari dia belikan makanan dekatt luar (sebab dekat dapur kosong.

Katanya tu duit dia habis, tapi bahagian beli card sampai beratus ringgit tak apa pula. Saya suruh dia beli barang dapur, tapi dia mengungkit cakap saya tak masak.

Macam mana saya nak masak sedangkan anak-anak, kerja rumah semua atas kepala saya. Dia pula hanya duduk rumah, bangun-bangun terus masuk bilik dia untuk buat live.

Keluar bilik untuk cari makan dan pergi beli card. Sejujurnya saya dah penat berkorban. Banyak lagi benda saya nak cerita, tapi hanya cukup ni.

Penat nak fikir, kalau nak keluar rumah, anak macam mana, kalau nak bersama terpaksa hadap suami yang tak faham tanggungjawab pula.

Baca juga: “Dapat sedara sendiri sebagai mentua pun hidup tak tenang, api cemburu asyik membara!”