Beli lain dapat lain, wanita terkejut buka kotak nampak cicak besar, padahal order ‘air fryer’

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak terkejut jika beri barangan secara atas talian dan apa yang sampai bukanlah sekadar benda yang dibayar.

Seorang wanita Colombia tidak menyangka dirinya akan terkejut selepas menerima pakej barangan dengan cicak gergasi di dalamnya lapor NDTV.

Menurut satu laporan dilakukan Marca, wanita bernama Sofia Serrano membeli satu penggoreng kering (air fryer) untuk rumahnya pada harga US195 (RM909).

Tapi apabila membuka bungkusan tersebut, wanita tersebut mengakui dirinya terkejut melihat cicak besar duduk di dalam kotak tersebut.

Serrano memuat naik hantaran di X dengan gambar cicak tersebut malah bingung nak menyalahkan pihak penghantar atau syarikat yang mengendalikan urusan jual beli itu.

“Kami memesan penggoreng kering melalui laman web Amazon tetapi ia tiba bersama ‘teman’.

“Saya tidak tahu ia merupakan kesalahan Amazon atau kesalahan syarikat penghantaran,” katanya.

Sehingga kini pihak Amazon masih tidak memberi maklum balas namun Serrano menganggap ia adalah kesalahan syarikat tersebut.

Kita sudah tahu bahawa ia adalah tanggungjawab Amazon kerana reptilia itu dimasukkan ke dalam beg tempat ‘penggorengan udara ‘air fryer’ dibungkus.

“Amazon tidak mahu bertanggungjawab dan keadaan sangat serius memandangkan haiwan asing boleh menyebabkan implikasi kesihatan,” ujar Serrano.

Menurut laporan, haiwan itu dikenal pasti sebagai Cicak Batu Sepanyol.

Baca juga: Individu percaya strategi Malakat Mall guna kempen BMF “makan diri”, punca tiada sambutan