Beli murah tapi jual balik mahal, ini jawapan sinis UAI buat pembeli

Oleh MALAYSIADATELINE

Jika dilihat pada zaman kini, semakin ramai yang aktif sebagai ‘reseller’, mereka ini beli barang pada harga murah namun menjual semula pada harga tinggi.

Kebanyakan memilih untuk menjadikan ia sebagai satu ‘pendapatan’, kadangkala harga yang dijual semula sangatlah tidak masuk akal.

Tular semua klip lama penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum menjual barang yang dibeli dengan harga murah lebih mahal.

Jelasnya itu tidak menjadi masalah serta memaklumkan ia bukanlah satu dosa untuk buat perkara sedemikian.

“Dia beli dulu RM6,000 je Yamaha RXZ, jadi ada orang tawar (beli) RM50,000. Boleh tak jual

“Boleh, siapa suruh bodoh beli RM50,000,” ujarnya semasa sesi ‘Kuliyyah Dhuha dan Soal Jawab Agama’ pada tahun 2022.

Namun ada dua perkara yang ditegas dan dilarang Ustaz Azhar agar orang ramai tidak menaikkan harga barang sesuka hati.

“Yang pertama, harga barangan yang telah ditetapkan oleh pemerintah itu tak boleh. Itu tak boleh sesuka hati.

“Contohnya bawang, lada, minyak masak yang memang sudah ditetapkan harganya oleh pemerintah. Itu keperluan orang ramai.

“Kedua, barangan keperluan orang ramai tetapi pemerintah tak tetapkan harga.

“Itu juga tidak boleh (menaikkan) harga melampau-lampau kerana ia menyusahkan orang ramai,” ujarnya.

Pada masa sama dia menjelaskan barangan seperti mata cincin, motosikal atau cermin mata berjenama boleh dijual pada harga mahal kerana ia bukan keperluan manusia.

“Ikutlah nak jual berapa, contohnya dia beli mata cincin di Burma (Myanmar) RM10 tapi dia balik Malaysia jual RM2 juta, orang bodoh belilah.

“Itu bukan keperluan masyarakat,” jelasnya.

Baca juga: Meniaga guna mesin layan diri IPR, wanita jana pendapatan cecah RM21,000 sebulan!