Malaysia Dateline

‘Beli rumah dapat pakej kolam ikan’ – Ini risiko jangka panjang dibimbangi bakal dihadapi pemilik

Satu rakaman video mengenai ‘beli rumah dapat pakej kolam ikan’ kemudiannya mengundang kebimbangan orang ramai.

Rata-rata warganet berpendapat pemilik rumah itu bakal berhadapan masalah besar untuk jangka panjang ekoran kemungkinan tinggi berlakunya mendapan tanah.

“Risiko besar mendapan, air merebak sampai ke kawasan rumah. Tanah boleh jadi lembut dan jejaskan tapak rumah.

“Takut terjadi hakisan tanah, menangis woo… . Kawasan lembab begini, macam-macam boleh berlaku. Rumah pun boleh retak struktur dia nanti.

“Jangan seronok sangat. Tunggu lagi tujuh hingga lapan tahun, tengok ‘pakej’ apa pula dapat. Kalau dah melibatkan kerosakan struktur tanah dan rumah, nanti tahulah macam mana pening nak hadap,” antara komentar warga maya.

Menerusi rakaman video itu, dikatakan bahawa rumah tersebut ditempah pembeliannya pada Julai tahun lalu tetapi banjir besar berlaku pada Disember tahun lalu.

Ekoran kejadian itu, tanah rendah di belakang rumah tersebut dipenuhi air dan kekal bertakung hingga kini.

Kapsyen video turut memberitahu banyak betul ikan tersesat ke dalam kolam bertakung itu dan terus membiak seperti haruan, sepat, puyu dan lain-lain.

“Apa lagi kita tahan pancing. Guna batang paip saja,” tambahnya lagi.

Baca juga Pelanggan tertinggal sepapan telur dekat homestay, lepas seminggu telur menetas jadi anak itik