Beli ‘seat’ lain tapi nak duduk tepi tingkap, lelaki berkeras nak tempat asal

Oleh KIM SYAZIE

Bila menaiki kapal terbang, pastinya ramai mahu duduk di tepi tingkap bagi melihat pemandangan di luar ketika pesawat terbang di langit,

Pastinya tempat duduk itu paling awal dibeli oleh pemumpang, jadi jangan terkejut jika ia mampu menyebabkan pergaduhan.

Seorang pengguna Twitter, @yein654 berkeras tidak mahu melepaskan tempat duduk yang dibeli di sebelah tingkap kepada penumpang duduk sebaris dengannya.

“Masuk dalam pesawat je dah nak bikin panas (marah) aku, aku beli tempat duduk ni sebab nak duduk situ.

“Dia senyum tanpa rasa bersalah dan minta nak duduk di tempat yang aku beli dan aku balas aku nak duduk dekat ‘seat’ aku beli,” katanya.

Penumpang tersebut bagaimanapun sempat mengutarakan pendapat bahawa tempat duduknya hanya sebaris namun tidak terima pengguna tersebut dan memintanya untuk berpindah.

“Masa ni dah tak senyum dah, suara pun tinggi sedikit dan orang sudha mula lihat kearah kami.

“Aku beli ‘seat’ kau pulak nak view (pemandangan) situ kan. Dia pun bangun bagi aku masuk dan dia kembali duduk kat tempat dia.

“Boleh buat gaduh ya tak dapat duduk tepi tingkap,” tambahnya lagi.

Kalau nak sangat duduk tepi tingkap, belilah tiket awal. Jangan ingat beli tiket saat akhir mampu meletakkan anda di tempat duduk yang ada tingkap.

Baca juga: