Bella tersinggung netizen senaraikan namanya dalam ‘list’ janda untuk dihalalkan

Oleh KIM SYAZIE

Penyanyi, Bella Astillah mengakui agak sedih apabila namanya terselit dalam senarai ‘Janda Untuk Dihalalkan’ yang dibuat pengguna media sosial.

Kata pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia enggan kisah rumah tangganya dijadikan bahan jenaka kerana hatinya masih hiba setiap kali memikirkan tentang perceraian.

Dia juga berkata, tiada siapa yang mahu bercerai selepas membina rumahtangga bersama, maka senarai seperti itu agak menyinggung perasaannya.

“Saya rasa sangat sedih apabila nampak nama di situ dan kemudian dijadikan jenaka.

“Tiada siapa ingin berkahwin dan merancang untuk bercerai. Saya cuma mahu jalan ke depan,” katanya dengan nada sebak, menurut Utusan Malaysia.

Dalam senarai itu, netizen menyenaraikan 10 selebriti yang kini sedang solo selepas bercerai.

Mereka antaranya termasuklah Nora Danish, Nur Fazura, Emma Maembong, Mawar Rashid, Puteri Sarah, Rita Rudaini dan Ira Kazar.

“Saya okey sahaja, cuma kalau boleh tidak mahu lagi cakap lagi mengenai hal melibatkan perceraian atau gelaran janda,” katanya lagi.

Bella dan Alif Aziz sah bercerai pad 13 Jun lalu dengan talak satu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia 7 tahun 4 tahun.

Baca juga: Anwar bawa beg fail tenunan songket Kelantan bentang Belanjawan 2025, direka anak Pulau Pinang