Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19

Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19

Oleh BERNAMAFebruary 23, 2020 7:19 am




Kajian mengenai golongan lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19 berbanding wanita mengikut pandangan pakar saintis dari luar negara, masih belum dibuktikan sepenuhnya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Katanya, Kementerian Kesihatan tidak akan membuat sebarang kesimpulan, sebelum kajian secara terperinci dilakukan terlebih dahulu.

“Virus baharu ini kita semua sedang kaji secara ‘characteristic’, walaupun ada teori oleh pakar saintis tetapi kita perlu sedikit masa (kajian), sebelum kita boleh mengesahkannya.

“Memang kita lihat daripada segi statistik, lebih ramai lelaki yang terkena jangkitan berbanding wanita, tetapi mengapa jadi seperti itu, kita belum mengetahuinya lagi,” katanya ketika ditemui pemberita pada makan malam Sambutan Tahun Baharu Cina, anjuran Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Perak di sini, malam tadi.

Dr Lee mengulas laporan sebuah akhbar negara jiran, yang melaporkan kajian para saintis mendapati kadar kematian akibat COVID-19 dalam kalangan lelaki adalah 2.8 peratus, berbanding wanita iaitu 1.7 peratus.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production