Belum ada calon sesuai untuk jawatan pengarah MSN Negeri Sembilan, kata MB

Belum ada calon sesuai untuk jawatan pengarah MSN Negeri Sembilan, kata MB
Kerajaan negeri belum mendapat calon yang sesuai untuk mengisi jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Sembilan selepas kontrak penyandang, Fouzee Abd Aziz tamat pada 30 Nov tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, walaupun jawatan kosong itu diklankan namun kerajaan negeri belum mendapat calon yang berkaliber, komited, memahami bidang sukan serta mahir daripada aspek pengurusan untuk menggalas tanggungjawab itu.

Beliau berkata pelantikan calon untuk mengisi jawatan itu perlu disegerakan bagi mempersiapkan kontinjen negeri menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Johor tahun depan serta rancangan negeri untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada 2024.

“ Memandangkan perancangan yang diatur, kita memerlukan seorang calon yang cukup berwibawa, “ katanya kepada pemberita pada Khamis.

Negeri Sembilan menjadi tuan rumah sukan dwitahunan itu pada 2004 dan selepas Johor tahun depan, Kelantan berhasrat menjadi tuan rumah edisi ke-21 pada 2022.- BERNAMA